Pelaksanaan Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) dan Taklimat CAPP Daerah Kota Bharu.

30 September 2020 | Aktiviti Terkini

Jutaan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu kerana sudi mengadakan taklimat ini. Tidak lupa juga kepada Pusat Internet Tanjong Mas dan Pusat Internet Bunut Payong turut terlibat sama-sama dalam taklimat ini.

Kepada komuniti setempat, anda semua dialu-alukan untuk membuat pemeriksaan kesihatan kendiri di Pusat Internet yang menyediakan perkhidmatan ini bagi memastikan kesihatan diri sentiasa sihat dan cergas.

Selain itu, CAPP meliputi empat skop iaitu cegah dan didik keluarga serta komuniti mengenai norma baharu, amal tingkah laku bagi mengelakkan diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan, patuhi SOP pengoperasian sektor-sektor utama negara serta pantau status kesihatan diri dan keluarga dan tempat kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas